fb fb fb fb fb

Jepun buka semula sempada kepada pelancong

(Seorang lelaki dan wanita berswafoto di tepi pintu masuk kuil
Kiyomizu-dera di Kyoto, Jepun pada 11 Oktober 2022/AFP)
 

TOKYO, 11 Oktober- Jepun membuka semula pintunya kepada pelancong selepas dua setengah tahun sekatan COVID-19 yang sukar, dengan pegawai berharap kemasukan pelancong yang mengambil kesempatan daripada kelemahan nilai Yen akan meningkatkan ekonomi.

Jepun menutup sempadannya sejak awal pandemik, pada satu ketika bahkan menghalang penduduk asing pulang, dan baru-baru ini mula dibuka semula dengan berhati-hati.

Pada bulan Jun, ia mula membenarkan pelancong melawat secara berkumpulan diiringi pemandu, satu keperluan yang dilonggarkan lagi untuk memasukkan lawatan pakej pandu sendiri.

Mulai hari ini, kemasukan tanpa visa disambung semula untuk pelancong dari 68 negara dan wilayah.

Jepun juga menarik balik had jumlah ketibaan dan menamatkan keperluan pakej pelancongan.

(Jepun buka semula sempada kepada pelancong/AFP)

Pelancong masih perlu menunjukkan sama ada bukti vaksinasi atau keputusan ujian negatif yang diambil tiga hari sebelum berlepas.

Pada 2019, rekod 31.9 juta pelawat datang ke Jepun, meletakkan negara itu di landasan mencapai sasaran 40 juta menjelang 2020, apabila Tokyo sepatutnya menjadi tuan rumah Sukan Olimpik Musim Panas.

Tetapi pada 2021, angka itu menjunam kepada hanya 250,000. -AFP

Media Baharu