fb fb fb fb fb

Parlimen dibubar untuk dapatkan mandat baharu, elak perpecahan

(Foto fail)

PUTRAJAYA, 11Oktober- Pembubaran Parlimen ke-14 adalah bagi mengembalikan mandat kepada rakyat untuk memilih kerajaan yang stabil.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan hanya mampu berfungsi dengan baik melalui kebersamaan dan kesepakatan dalam memberi perkhidmatan dan manfaat terbaik kepada Keluarga Malaysia.

Namun wujud ketidakharmonian dalam kabinet yang boleh menjejaskan kepentingan rakyat.

Ini dapat dilihat daripada tindakan 12 menteri mengutus warkah kepada Yang di-Pertuan Agong.

Tindakan tersebut jelas membelakangkan institusi Perdana Menteri yang pelantikannya telah diperkenan Seri Paduka Baginda, sekali gus mengikis semangat solidariti dalam pentadbiran kerajaan.

Malah sejak akhir-akhir ini, ada dalam kalangan Jemaah Menteri membuat kritikan secara terbuka terhadap keputusan dan dasar kerajaan.

"Pembubaran ini bagi menghalang perpecahan dalam pentadbiran kerajaan,” kata Ismail Sabri dalam satu kenyataan

"Negara memerlukan sebuah kerajaan yang stabil untuk mendepani cabaran mendatang," tambah beliau.

(Ismail Sabri mengumumkan Parlimen dibubarkan semalam bagi memberi laluan kepada
Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan/BERNAMA)

Media Baharu