fb fb fb fb fb

Jendela@PPR 2.0 dijangka siap sepenuhnya pada April

BUTTERWOTH, 6 Februari- Kesemua 30 projek penyambungan internet percuma di projek rintis program Jalinan Digital Negara di Projek Perumahan Rakyat 2.0 (Jendela@PPR 2.0) seluruh negara akan siap sepenuhnya April ini.

Ia merupakan usaha Kementerian Pembangunan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang menelan kos kira-kira RM22 juta.

Menterinya, Nga Kor Ming berkata ia melibatkan kira-kira 13,218 unit rumah PPR.

Kesemua 53,000 penerima manfaat itu akan menikmati akses internet percuma dengan kelajuan 30 mbps selama sembilan bulan.

Selepas tempoh sembilan bulan, penduduk PPR mempunyai pilihan untuk melanggan pakej internet disediakan dengan harga yang lebih kompotetif selain lebih murah daripada pasaran.

"Saya ingin mengumumkan kesemua 30 projek internet PPR seluruh negra akan siap sepenuhnya tertakluk kepada kelulusan setiausaha kerajaan (SUK) dan JPMB.

"Saya yakin ini adalah satu inisiatif yang penting kerana kelajuan internet dan kemudahan internet memang satu komponen wajib untuk bangunkan ekonomi gig dan menjadi trend pekerjaan," dalam sidang media selepas membuat tinjauan kemudahan akses internet di PPR Taman Bagan Jaya, di sini.

Setakat ini, sebanyak 27 PPR telah mendapat kemudahan internet secara percuma yang disediakan selama sembilan bulan melalui inisiatif tersebut.

(Nga Kor Ming)

Media Baharu