fb fb fb fb fb

Jenazah Presiden UAE selamat dikebumikan

(FOTO AFP)

ABU DHABI, 14 Mei - Jenazah Presiden Emiriyah Arab Bersatu, UAE Sheikh Khalifa Zayed Al Nahyan selamat dikebumikan di tanah perkuburan Al Bateen di Abu Dhabi hari ini.

Kerajaan UAE mengumumkan perkabungan rasmi selama 40 hari dengan bendera di seluruh UAE dikibar separuh tiang.

Semua kementerian persekutuan dan tempatan serta sektor swasta cuti berkabung selama tiga hari.

Solat jenazah Sheikh Khalifa telah dikendalikan oleh bakal pengganti yang juga abangnya Mohamed bin Zayed.

(Timbalan Panglima Tertinggi Angkatan Bersenjata UAE Mohamed bin Zayed al-Nahyan menghadiri
pengebumian Presiden UAE Sheikh Khalifa bin Zayed Al-Nahyan di Abu Dhabi / FOTO AFP)

Pemimpin seluruh dunia terutamanya Asia Barat menzahirkan kesedihan atas pemergian Sheikh Mohamed.

Negara-negara Teluk yang berjiran, Kuwait, Bahrain dan Oman juga mengumumkan perkabungan rasmi tiga hari.

Sheikh Khalifa mula mengambil alih kuasa sebagai presiden kedua UAE dan menjadi pemerintah ke-16 Emirat Abu Dhabi pada 2004, menggantikan mendiang bapanya Sheikh Zayed bin Sultan Al Nahyan.-AFP

Media Baharu