fb fb fb fb fb

Jenazah Allahyarhamah Sarjan Faridah tiba di kampung halaman

Jenazah Allahyarhamah Faridah Abd Rahman selamat tiba di Masjid Al Anwar, Kampung Tengah, Pokok Sena, Kedah pukul 9.00 pagi

POKOK SENA, 24 Mei - Jenazah anggota Malaysian Battalion 850-11 (MALBATT 850-11) bagi Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL), Sarjan Faridah Abd Rahman selamat tiba di Masjid Al Anwar, Kampung Tengah, di sini pukul 9.00 pagi.

Jenazah allahyarham sebelum itu tiba di Kolej Tentera Udara Kepala Batas, pukul 8.10 pagi selepas diterbangkan dari Pangkalan Udara Subang, Subang.

Turut mengiringi jenazah ialah Panglima Angkatan Bersama Leftenan Jeneral Datuk Noor Mohd Akmar Mohd Dom serta memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham Faridah.

Terdahulu, pada 19 Mei lepas, Markas ATM dalam kenyataan memaklumkan Faridah, 39, meninggal dunia pada 2.25 pagi waktu Lubnan atau 7.25 pagi waktu Malaysia selepas dilaporkan rebah ketika turun dari bas di Kem Marakah, sejurus tiba di Lubnan daripada bercuti selama sebulan di Malaysia.

Bedah siasat di Hospital Hammoud, Saida, Lubnan mengesahkan punca kematian Allahyarham yang bertugas sebagai Penyelia Kanan Hal Ehwal Islam MALBATT 850-11 di Kem Marakah, itu adalah akibat serangan jantung.

TETITIA YUSOFF