fb fb fb fb fb

Jemaah menteri zahir ucapan tahniah sempena Ulang Tahun Keputeraan Rasmi Agong

Foto Facebook Datuk Fahmi Fadzil

KUALA LUMPUR, 2 Jun- Jemaah Menteri merafak sembah dan menzahirkan ucapan tahniah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini.

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil menerusi hantaran di Facebook mendoakan kesejahteraan baginda.

"Semoga Allah SWT melanjutkan usia Seri Paduka Baginda serta merahmati pemerintahan Sultan Ibrahim dengan penuh kemuliaan, kesejahteraan serta keberkatan berpanjangan," menurut hantaran itu.

Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menerusi platform sama turut merafak setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada baginda, Sultan Ibrahim.

"Patik sekalian mendoakan semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku dikurniakan Allah SWT kesihatan yang sempurna, dipanjangkan usia dan diberkati pemerintahan Tuanku dengan limpahan rahmat, kemuliaan dan kesejahteraan berpanjangan, Dirgahayu Tuanku," menurut hantaran itu.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI