
MEKAH, 18 Mei – Seorang lagi jemaah haji wanita dari Malaysia dilaporkan meninggal dunia di Tanah Suci akibat serangan jantung, menjadikan jumlah keseluruhan kematian jemaah setakat ini meningkat kepada enam orang.
- Wanita berusia 63 tahun disahkan meninggal dunia di Hospital King Faisal pada pukul 5.53 pagi waktu tempatan.
- Jenazah dibawa ke Masjidil Haram untuk disembahyangkan selepas solat Asar sebelum dikebumikan di Perkuburan Al Sharayea, Mekah.
- Allahyarham berasal dari Setiu, Terengganu dan menunaikan haji bersama suaminya.
- Tabung Haji merakamkan takziah kepada keluarga serta mendoakan roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang beriman.
Tabung Haji (TH) dalam satu kenyataan memaklumkan, wanita berusia 63 tahun itu disahkan meninggal dunia di Hospital King Faisal pada pukul 5.53 pagi waktu tempatan.
Menurut kenyataan itu, jenazah Allahyarham telah dibawa ke Masjidil Haram untuk disembahyangkan selepas solat Asar sebelum selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Al Sharayea di Mekah.
TH turut memaklumkan bahawa Allahyarham berasal dari Setiu, Terengganu dan menunaikan ibadah haji bersama suaminya.
Dalam pada itu, pihak TH merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham serta mendoakan agar roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.