fb fb fb fb fb

Jelajah Ikon Madani bukan medan berpolitik

(Foto BERNAMA)

SEREMBAN, 6 Mei- Jelajah Ikon Madani anjuran Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) di enam universiti bukan medan berpolitik tetapi medium untuk menjelaskan dasar kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Malaysia Madani kepada mahasiswa.

Ketua Pengarah J-KOM, Datuk Dr. Mohamad Agus Yusoff berkata, pihaknya dengan kerjasama Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN) berperanan menjelaskan serta mempertahankan dasar kerajaan, selain menghubungkan kerajaan dengan mahasiswa dan rakyat.

“J-KOM masuk universiti bukan untuk berpolitik, kami datang ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) atau mana-mana universiti menjelaskan dasar-dasar kerajaan, menjelaskan Kerajaan Madani bukannya berkempen untuk menyokong parti A atau parti B," katanya kepada pemberita di sini.

Program itu menampilkan pengacara terkenal, Datuk Aznil Nawawi sebagai ikon Madani.

Siri jelajah J-KOM selepas ini akan diteruskan di Kelantan, Terengganu, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor serta turut merancang ke Sabah dan Sarawak.


(Foto BERNAMA)

Media Baharu