KULAI, 6 Mei- Sebanyak 21,000 unit kediaman tidak terjual di Johor melibatkan pelbagai kategori termasuk yang berharga RM500,000 ditawarkan semasa Ekspo Perumahan Johor, Julai depan.
Ekspo empat hari di Johor Bahru melibatkan 40 pemaju perumahan seluruh negeri, merupakan salah satu strategi kerajaan negeri untuk menurunkan jumlah kediaman tidak terjual di negeri itu.
EXCO Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Mohd Jafni Md Shukor berkata, rumah ditawarkan bukan sahaja kepada Bangsa Johor tetapi kepada rakyat negeri lain dan pembeli berpotensi dari Singapura serta Indonesia.
"Dan yang RM500,000 ke atas potensi pekerja-pekerja Malaysia yang bekerja di Singapura dan pembeli-pembeli dari Singapura itu fokus kita.
"Ekspo kali ni melibatkan pelbagai kategori dan fokusnya adalah untuk menurunkan jumlah kediaman tidak terjual," katanya.
Beliau ditemui pemberita semasa Rumah Terbuka Aidilfitri di sini.
(Foto fail)
Sementara itu, kenaikan kadar dasar semalaman (OPR) tidak akan menjejaskan bakal pembeli Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) kerana kerajaan negeri masih menanggung subsidi.
Permintaan RMMJ masih tidak mencukupi sekali gus menunjukkan pembeli tidak membuat penilaian berdasarkan kenaikan OPR.