fb fb fb fb fb

JBPM laksana 100 jam penerbangan Medevac sepanjang 2024

Ketua Cawangan Pengurusan Operasi Bahagian Udara, Penguasa Kanan Bomba I (PgKB I) Mohd Ruzaidi Ramlee / Foto RTM

GUA MUSANG, 8 Januari-Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) melaksanakan seratus jam penerbangan pemindahan perubatan (Medevac) bagi membantu membawa pesakit untuk menerima rawatan di hospital sepanjang tahun lalu.

Ketua Cawangan Pengurusan Operasi Bahagian Udara, Penguasa Kanan Bomba I (PgKB I) Mohd Ruzaidi Ramlee berkata, operasi penerbangan itu membabitkan tiga pangkalan udara yang berpusat di Pangkalan Wilayah Tengah, Subang, Selangor, Pangkalan Wilayah Utara, Bertam, Pulau Pinang dan Pangkalan Wilayah Sarawak di Miri, Sarawak.

Mohd Ruzaidi berkata, secara keseluruhannya sebanyak 56 penerbangan untuk operasi Medevac di seluruh negara tahun lalu.

"Untuk keseluruhan penerbangan Medevac JPBM merangkumi Wilayah Tengah Subang, Wilayah Utara Bertam dan Wilayah Sarawak di Miri sebanyak 56 penerbangan.

"Di mana melibatkan 100 jam penerbangan dan juga daripada 56 sebanyak 36 penerbangan di kawasan Gua Musang, Kelantan", katanya demikian di sini.

Tambah Mohd Ruzaidi, selain operasi Medevac Unit Udara JBPM juga turut melakukan operasi kebombaan seperti pemadaman kebakaran hutan, kerja penyelamatan mencari dan menyelamat (SAR), khidmat khas logistik dan tinjauan udara serta latihan payung terjun.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD