fb fb fb fb fb

Kemalangan di Lebuh Raya SPA: Dua tersepit, tujuh cedera

FOTO FAIL

AYER KEROH, 8 Januari - Dua mangsa tersepit, tujuh cedera manakala enam yang lain terselamat dalam kemalangan membabitkan lapan kenderaan di Lebuh Sungai Udang-Paya Rumput-Ayer Keroh (SPA), pagi tadi.

Nahas melibatkan tiga kereta, sebuah pacuan empat roda, tiga lori dan sebuah bas. Sehingga kini tiada kematian dilaporkan.
 
Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Melaka Mohd Pisar Aziz, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 10.28 pagi tadi.
 
"Jadi daripada segi cabaran biasalah waktu puncak ini melibatkan kesesakan lalu lintas dan kita ada melibatkan mangsa tersepit daripada lori dan bas. Jadi ia mengambil masa sikit untuk mengeluarkan mangsa tersepit namun mangsa selamat telah dihantar ke hospital," kata Mohd Pisar.
 
Semua mangsa yang cedera di hantar ke Hospital Melaka untuk rawatan. Polis sedang menjalankan siasatan untuk mengenal pasti punca kejadian.

TETITIA YUSOFF