fb fb fb fb fb

JBPM jamin kekuatan anggota dan aset mencukupi sepanjang musim banjir

FOTO RTM

KUALA TERENGGANU, 30 November-Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menegaskan bahawa bilangan anggota serta aset mereka mencukupi untuk menghadapi sebarang banjir yang berlaku serentak sepanjang tempoh Monsun Timur Laut (MTL).

Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Nordin Pauzi berkata, kesemua balai bomba di seluruh negara telah diarahkan untuk menjalankan pemeriksaan terperinci berhubung aset masing-masing, merangkumi bilangan, tahap kecekapan dan pengoperasian.

“Aset kita telah ditempatkan di lokasi strategik. Semua balai bomba diarahkan memeriksa aset mereka dari segi bilangan, fungsi dan keberkesanan. Aset-aset yang sedia ini hanya menunggu untuk dimobilisasi.

"Kami menjangka kejadian banjir tidak berlaku serentak, mungkin berlaku di Pantai Timur. Sekiranya perlu, aset dan pasukan gerak cepat akan digerakkan dari negeri lain", katanya ketika di temui media bagi meninjau Bilik Gerakan Bencana di sini.

Sementara itu, pihaknya juga memberi jaminan semua anggota mencukupi diseluruh negara sekiranya banjir melanda di semua negeri secara serentak termasuk bertugas secara 24 jam.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD