fb fb fb fb fb

JBPM Terengganu siap siaga hadapi monsun timur laut ketika PRU15

(Pegawai dan anggota JBPM Terengganu)

KUALA TERENGGANU, 3 November- Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu siap siaga sepenuhnya menghadapi sebarang kemungkinan situasi bencana Monsun Timur Laut ketika
Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) berlangsung.

Sehingga kini kesemua pusat pengundian telah diperiksa dan selamat untuk digunakan.

Timbalan Pengarah JBPM Terengganu, Mohd Khairiri Mat Resad berkata selain itu pihaknya akan membuka bilik gerakan bagi melancarkan gerak kerja.

262 lokasi berisiko tinggi telah dikenal pasti melibatkan muara-muara sungai utama.

"Bagi persediaan menghadapi PRU15, JBPM Terengganu ditugaskan untuk melaksanakan pemeriksaan ke lokasi- lokasi mengundi, pusat penamaan calon dan pusat jumlah undi.

"Kita mula melaksanakan pemeriksaan sejak Selasa dan bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan sekiranya berlaku banjir dan kita sedaya upaya membantu rakyat untuk keluar mengundi."

Beliau berkata demikian selepas pelancaran persediaan menghadapi monsun timur laut di Kuala Terengganu.

(Pegawai dan anggota JBPM Terenggganu memeriksa peralatan sebagai persediaan banjir)

Media Baharu