fb fb fb fb fb

Sungai Muar melimpah, penduduk di Segamat dipindahkan ke PPS

(Penduduk terjejas banjir ditempatkan di PPS daerah Segamat)

SEGAMAT, 3 November- Sebuah lagi pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka bagi menempatkan penduduk terjejas banjir di daerah Segamat, Johor susulan limpahan air Sungai Muar sejak Selasa.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Segamat Hasrin Kamal Hashim, "PPS Balairaya Kampung Kuala Paya dibuka pada 2.00 petang tadi bagi menempatkan empat mangsa daripada dua keluarga."

Setakat pukul 4.00 petang, jumlah penduduk terjejas banjir ialah 21 orang daripada enam keluarga termasuk 17 orang daripada lima keluarga yang ditempatkan di PPS Balairaya Kampung Batu Badak.

Ia berikutan kampung tersebut dan Kampung Batu 5 dilanda banjir kilat.

Manakala PPS Balairaya Kampung Kuala Paya, menempatkan satu keluarga melibatkan empat penduduk terjejas banjir.

Kenyataan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah menyebut, paras air di Sungai Juaseh dan Sungai Segamat, masih dibawah paras normal.

Paras air di lokasi terjejas juga masih kekal di paras lutut.

(Keadaan banjir di daerah Segamat, Johor)

Media Baharu