fb fb fb fb fb

Jay Jay meninggal dunia

Jay Jay atau nama sebenarnya Mohd Fauzi Darus meninggal pada usia 67 tahun

KUALA LUMPUR, 4 Ogos- Penyanyi veteran era 70-an, Jay Jay, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Thompson Kota Damansara, Selangor sekitar pukul 9.30 malam tadi.

Berita sedih pemergian Jay Jay atau nama sebenarnya Mohd Fauzi Darus, 67 tahun dimaklumkan oleh sahabatnya yang juga penyanyi, Datuk Hattan.

Menurut perkongsian Datuk Hattan, beliau dapat menghubungi isteri Allahyarham dan perkara itu disahkan benar.

Allahyarham yang juga bekas vokalis kumpulan Carefree itu sebelum ini pernah menjalani pintasan jantung akibat saluran tersumbat di Institut Jantung Negara (IJN) pada Mei lalu.

Serangan itu membuatkan penyanyi tersebut lumpuh separuh badan namun beransur pulih selepas menghadiri beberapa sesi fisioterapi.

Difahamkan jenazah Allahyarham sedang diuruskan oleh pihak keluarga di hospital dan dijangka akan dikebumikan sebelum solat zuhur esok.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE