fb fb fb fb fb

JAS Pulau Pinang bongkar kilang kitar semula bateri kadmium, lithium terpakai beroperasi secara haram

BUKIT MERTAJAM, 19 Ogos - Taktik kotor sebuah kilang kitar semula bateri kadmium dan lithium terpakai yang beroperasi secara haram dalam kilang plastik di Ara Kuda, Bukit
Mertajam, berjaya dibongkar pihak Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pulau Pinang.

Serbuan yang dibuat semalam mendapati kilang tersebut menjalankan aktiviti pengolahan dan pemerolehan kembali bateri kadmium dan lithium terpakai tanpa mendapat lesen terlebih dahulu.

Menurut Pengarah JAS Pulau Pinang, Sharifah Zakiah berkata sebanyak 250 bekas yang mengandungi buangan bateri lithium-kadmium terpakai telah disita dalam operasi tersebut.

Siasatan awal mendapati bahawa bahan buangan telah dibawa masuk melalui kargo udara.


(Tindakan Penahanan Operasi Kelengkapan (POK) di bawah Seksyen 38(1)(a), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974
diambil terhadap kilang kitar semula itu bagi menghentikan pencemaran serta merta dan aktiviti pemanasan
serta pembakaran buangan terjadual)

Penggunaan kargo udara tersebut dipercayai digunakan bagi mengelakkan pemeriksaan ketat kontena melalui jalan laut.

Jelas beliau, tindakan Penahanan Operasi Kelengkapan (POK) di bawah Seksyen 38(1)(a), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 diambil bagi menghentikan pencemaran serta merta dan aktiviti pemanasan serta pembakaran buangan terjadual daripada terus berlaku dan mengakibatkan pencemaran udara.

Sebanyak 93 kompaun dengan nilai keseluruhan RM186,000 dikeluarkan kepada premis atas kesalahan menjalankan pemerolehan kembali buangan terjadual bukan di premis yang ditetapkan dibawah Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005.

Media Baharu