fb fb fb fb fb

Jangan jadikan doa alat mainan politik - Anwar

Foto BERNAMA

IPOH, 29 Julai- Jangan jadikan doa khususnya Qunut Nazilah sebagai alat mainan politik.

Tegas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim Ibrahim, doa perlu digunakan pada jalan yang betul, bukan untuk mendoakan keburukan pemimpin di negara ini.

"Doa ini bukan politik, sebab itu mufti-mufti bagi pandangan. Lepas itu nanti cakap sekarang ini kerajaan tak setuju doa, dia pusing lain pula. Siapa kata tak setuju doa, hari-hari kita doa, sebelum majlis kita doa, habis majlis kita doa, lepas solat kita doa, doa bukan untuk tuhan laknatkan orang fakta salah," katanya ketika berucap pada Majlis Kenduri MADANI di Taman Koperasi Perpaduan 2, Tambun di sini.

Pada majlis itu, Anwar meluluskan peruntukan RM200,000 untuk pembinaan jalan masuk ke Masjid Ar-Rashid Taman Perpaduan Koperasi 2 yang baharu siap dibina.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM