fb fb fb fb fb

JAKIM diarah siasat kes syarikat bekal makanan tiada sijil halal

Siasatan terperinci isu katering tiada Sijil Halal / Foto FB DrNaim

SUNGAI PETANI, 22 Julai - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) diarahkan untuk menjalankan siasatan terperinci terhadap isu pelantikan sebuah syarikat perkhidmatan katering tiada Sijil Halal yang membekalkan makanan di sebuah hospital kerajaan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata bagaimanapun, buat masa ini beliau tidak dapat mengulas lanjut mengenai perkara tersebut.

"Saya memang dah arahkan Ketua Pengarah JAKIM untuk tengok isu itu dan beliau akan maklum (hasil laporan) kepada saya. Saya tak boleh nak respons sampai saya dapat laporan beliau," katanya kepada pemberita selepas Program Ziarah MADANI Peduli di sini hari ini.

Pada program itu, beliau menyampaikan sumbangan RM10,000 kepada mangsa yang cedera dalam kemalangan bas di Jalan Raya Timur–Barat (JRTB), Gerik, Perak,

Semalam, Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2/2025 mendedahkan sebuah Hospital menganugerahkan kontrak katering bernilai RM25.64 juta kepada syarikat sijil halal selama tiga tahun bermula Februari 2024.

HASRON BIN HASSAN