fb fb fb fb fb

Jadikan terbitan JAKIM rujukan utama buku agama

KUALA LUMPUR, 4 Jun- Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na'im Mokhtar memohon pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk menyelaras semula semua penerbitan buku di bawah agensinya.

Tujuan penyelarasan tersebut, supaya buku terbitan JAKIM lebih sistematik, kreatif serta menjadi rujukan utama kepada masyarakat dalam menyampaikan ilmu serta memperkukuhkan kefahaman Islam.

"Saya akan mintak pihak JAKIM untuk membuat penyelarasan dengan agensi-agensi yang lain kerana ini juga hasrat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Supaya kita boleh bekerja secara berpasukan.

"Jadi saya harap pihak JAKIM akan mengurusetiakan dan menyelaraskan perkara ini supaya tidak berlaku perindihan," katanya selepas melancarkan buku baharu dan penyerahan sumbangan wakaf buku terbitan JAKIM di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) di ibu negara.

Beliau turut menambah, "sebanyak 20 set pembelian buku terbitan JAKIM oleh Yayasan Waqaf Malaysia akan diagihkan kepada masjid, surau dan institusi tahfiz yang terpilih."

JAKIM dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan meneruskan kerjasama strategik menerbitkan buku himpunan Hadis 40 Imam Nawawi untuk edaran kepada sekolah-sekolah di seluruh negara.

(Datuk Dr. Mohd Na'im Mokhtar)

Media Baharu