KUALA NERUS, 8 Mei- Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) mempergiat aktiviti turun padang bersama komuniti desa dan mahasiswa bagi memperjelas dasar-dasar kerajaan termasuk konsep Malaysia Madani.
Ketua Pengarah J-KOM, Prof. Datuk Dr. Mohammad Agus Yusof berkata, menerusinya fakta betul dan mudah difahami akan disampaikan kepada rakyat.
Secara tidak langsung boleh menangkis dakwaan yang akan mencemarkan imej kerajaan dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Kita menangkis bukan untuk mencipta musuh dengan sesiapa memberikan fakta yang betul supaya rakyat lebih faham untuk mendapatkan fakta yang tepat kita tidak menangkis itu dengan serangan peribadi dengan sifat kebencian itu bukan J-KOM.
"J-KOM semestinya bila menangkis dengan fakta yang ada dengan maklumat yang tepat," katanya selepas menghadiri program Town Hall J-Kom Bersama Kepimpinan di Kuala Nerus.
Ketika diminta mengulas mengenai persiapan awal menghadapi PRN, beliau berkata beberapa program sudah dirangka bagi tujuan itu.
Ini termasuk memperkemas jentera media sosial dan mengadakan program latihan bagi memperjelas dasar kerajaan supaya mudah difahami rakyat.
(Dr. Mohammad Agus Yusof)