fb fb fb fb fb

20 lokasi 'hotspot' pembuangan sampah haram di Negeri Sembilan ditutup

SEREMBAN, 8 Mei- Sebanyak 20 lokasi titik panas (hotspot) pembuangan sampah haram ditutup oleh Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Negeri Sembilan.

Pengarahnya, Siti Yusnita Mohamad Yusof berkata, daripada jumlah tersebut sebanyak enam lokasi berada di daerah Seremban, empat lokasi di Nilai, masing-masing tiga di Port Dickson dan Kuala Pilah serta satu lokasi di Tampin, Jempol, Rembau dan Jelebu.

Beliau memaklumkan, 79 tan sisa sampah dibersihkan daripada 20 lokasi tersebut.

"Lokasi pembuangan sampah haram di daerah Seremban iaitu di Seremban Jaya Fasa 8 merupakan lokasi terakhir bagi kerja-kerja pembersihan setakat ini.

Lepas kerja pembersihan ini, kita dah selesaikan untuk semua lokasi pembuangan sampah haram di Negeri Sembilan, kami harap tak berulang lagi," katanya selepas operasi pembersihan sampah haram di Seremban Jaya Fasa 8, di sini.

(Pekerja pembersihan SWCorp membersihkan sampah yang dibuang di tempat pembuangan sampah haram di sini)

Tambah beliau, sebanyak 54 lokasi 'hotspot' pembuangan sampah haram telah ditutup sepanjang tahun lalu.

Dianggarkan 300 tan sisa sampah haram dibersihkan dari kawasan tersebut yang merupakan premis kedai terbiar dan terbengkalai.

Sementara itu, SWCorp juga telah melaksanakan 11 Operasi Intip dan Cekup sepanjang tahun lalu di kawasan terbabit.

Media Baharu