PUTRAJAYA, 30 Mac-Kerajaan tidak akan berkompromi atau tergesa-gesa memberi status kewarganegaraan kepada mana-mana pihak untuk mencapai sasaran Petunjuk Prestasi Utama (KPI) menjelang hujung tahun ini.
Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata kelulusan permohonan perlu melalui pegawai kanan kementerian dan bukan hanya melalui dirinya.
“Warganegara merupakan satu anugerah tertinggi dan bila kita beri, ini bermakna negara akan bertanggungjawab ke atas individu terbabit dan dia juga perlu bertanggungjawab ke atas negara.
“Saya ditemani pegawai kanan dalam membuat sebarang keputusan,” katanya ketika sesi Dialog Menteri Dalam Negeri bersama media di sini, pada Rabu.
Tambah beliau, sebanyak 5,600 permohonan telah dibuat keputusan sejak memegang jawatan menteri.
KDN menyasar untuk menyelesaikan sekurang-kurangnya 10,000 permohonan bagi mendapatkan status kewarganegaraan pada tahun ini.
(Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail/FOTO RTM)