fb fb fb fb fb

Isu kenaikan harga makanan di bazar perlu diselesaikan

(Foto BERNAMA)

KUALA LUMPUR, 14 April- Isu kenaikan harga makanan yang dijual di bazar Ramadan perlu ditangani secara menyeluruh.

Pengerusi Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK), Datuk Zainal Abidin Sakom berkata kenaikan kos menjalankan perniagaan antara punca peniaga bazar Ramadan menetapkan harga supaya mendapat pulangan modal dan keuntungan.

Perkara itu perlu diselesaikan segera bagi memastikan situasi menang-menang antara pembeli, peniaga dan pemegang taruh.

"Perbezaan harga-harga ini menyebabkan peniaga menentukan supaya segala jualannya dapat membiayai semula perkara dilakukanya.

"Saya dengar dulu RM500 dijual daripada pemegang taruh sampai ke RM13,000 kepada pengguna. Ini isu cukup besar, kita kena menangani isu ini daripada pokoknya yang sebenarnya," katanya kepada pemberita di sini.


(Foto BERNAMA)

Media Baharu