fb fb fb fb fb

Isu gajah liar, kerajaan negeri adakan perbincangan dengan Perhilitan - Saarani

(FOTO HIASAN)

IPOH, 2 Ogos - Kerajaan negeri akan mengadakan pertemuan dengan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) negeri dalam masa terdekat berhubung isu gajah liar di negeri itu. 

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pertemuan itu dibuat bagi mendapatkan pandangan untuk mencari jalan penyelesaian terbaik bagi menangani isu berkenaan.

Menurutnya, pemindahan gajah-gajah liar itu ke tempat lain dilihat bukan sebagai penyelesain muktamad terhadap isu tersebut.

(Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad) 

"Kita kena faham mereka berkongsi habitat. Dalam situasi ini Perhilitan sahaja yang mempunyai kuasa dan pakar. Saya akan panggil pengarah Perhilitan untuk dapatkan pandangan kepada kita apa penyelesaian terbaik.

"Suatu ketika dahulu, gajah ini banyak di tempat lain tetapi hantar ke situ. Jadi kawasan Temengor ada banyak gajah. Pindah gajah bukan penyelesaian muktamad, mungkin ada cara lain," katanya kepada pemberita ketika Program Saarani Bersama Bekas Askar di Kompleks Komuniti Taman Perpaduan, Hulu Kinta, di sini pada Isnin.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan seorang penduduk di Kampung Katong, RPS Kemar, Gerik parah akibat diserang gajah liar pada Sabtu lalu.

Media Baharu