fb fb fb fb fb

IPO Farm Fresh RM1.35 sen sesaham

KUALA LUMPUR, 1 Mac - Syarikat tenusu, Farm Fresh Bhd menyasarkan untuk meraih RM1 bilion menerusi tawaran awam permulaan (IPO) pada RM1.35 sen sesaham.

Sebahagian besar daripada jumlah itu akan digunakan untuk membina hab pengeluaran, ladang tenusu dan kemudahan bersepadu baharu di Malaysia.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Loi Tuan Ee berkata, menerusi langkah itu syarikat berhasrat memperluas penguasaan pasaran di peringkat domestik dan antarabangsa.

(Pada majlis pelancaran prospektus IPO Farm Fresh di Kuala Lumpur)

"Ini termasuk pasaran baharu seperti Filipina dan Indonesia serta memperkukuh operasi di Hong Kong.

"Permintaan kukuh terhadap produk susu segar dan pengeluaran susu tempatan yang rendah mampu memberi manfaat besar kepada syarikat," kata Loi dalam majlis pelancaran prospektus IPO Farm Fresh, di sini.

Jenama itu ketika ini mengendalikan lima ladang tenusu dalam negara dan satu ladang tenusu di Australia berkeluasan 5,400 ekar.

 

 

Media Baharu