fb fb fb fb fb

IPDAS 50 peratus siap, perkasa pendidikan Islam di Sabah

Datuk Seri Ahmad Maslan

KENINGAU, 2 Julai- Projek Pembinaan Fasa 3 Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah (IPDAS) mencapai tahap 50 peratus siap selain memperkasa sektor pendidikan Islam di Sabah.

Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan, berkata, projek bawah Kementerian Kerja Raya (KKR) itu bernilai lebih RM53 juta dan dijangka siap pada Mac 2026.

"Projek ini melibatkan pembinaan blok pentadbiran, blok akademik, dewan makan, tiga blok asrama serta kemudahan tambahan seperti parkir terbuka, gelanggang, sistem pembetungan dan menara air baharu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita sempena lawatan kerja di IPDAS disini hari ini.

Fasiliti itu bakal memberi keselesaan kepada pelajar dan tenaga pengajar termasuk menyumbang kepada peningkatan kualiti pendidikan serta kesejahteraan komuniti setempat.

Lawatan tersebut juga mencerminkan kesungguhan Kerajaan MADANI dalam memastikan projek rakyat dilaksana dengan telus dan mengikuta jadual yang telah ditetapkan.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI