fb fb fb fb fb

PM Anwar simpati terhadap Trump, harap keadaan terkawal

Anwar Ibrahim (dua kanan) pada sambutan Hari Peneroka Felda 2024 di MAEPS hari ini

SERDANG, 14 Julai- Tindakan membahayakan nyawa seseorang termasuk tokoh negara bukan jalan penyelesaian bagi menyelesaikan sesuatu isu atau rasa tidak puas hati.

Itu menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika diminta mengulas mengenai insiden tembakan yang menyasarkan bekas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, semalam.

Anwar turut melahirkan rasa simpati terhadap Trump dan berharap semuanya dalam keadaan terkawal.

"Apapun pendirian kita pada mana-mana tokoh, cara begini bukanlah penyelesaian. Kita simpati kepada Trump dan berharap keadaan terkawal," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Peneroka Felda 2024 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang di sini, hari ini.

Terdahulu, Trump dilapor terkena tembakan pada bahagian telinga kanan semasa berrkempen di Pennysylvania, namun beliau mengesahkan dirinya dalam keadaan baik.

BERITA BERKAITAN

SITI AISHAH MD ISA