fb fb fb fb fb

Inisiatif Kementerian Kesihatan berjaya kurangkan kes pembedahan dan perubatan tertunggak

SELAYANG, 11 Februari - Inisiatif Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berjaya mengurangkan kes pembedahan dan perubatan tertunggak di hospital daripada 57,355 kes kepada 37,963 kes.

Ia dilaksanakan pada bulan September hingga penghujung tahun lalu.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata pengurangan sebanyak 33.8% itu berjaya dilakukan, kesan kepada kemasukan ke hospital akibat COVID-19 yang terkawal dan lebih baik.

Jelasnya, keadaan itu membolehkan KKM meneruskan rawatan, pembedahan dan  prosedur lain melibatkan kes bukan COVID-19.

"Bagi menangani isu kes kes bukan COVID-19 yang tertunggak, kita dah melaksanakan penyumberluaran perkhidmatan kepada hospital swasta, kita telah mengadakan Indeks Prestasi Utama (KPI) untuk menurunkan kes tertunggak.

"KPI saya, pembukaan semula dewan bedah elektif di hospital KKM secara berperingkat bermula pada Oktober 2021, inisitif pembedahan elektif pada hari Sabtu dan meningkatkan jumlah pelaksanaan pembedahan di hospital-hospital KKM di seluruh negara melibatkan pelbagai disiplin seperti pembedahan am dan sebagainya.

"Saya ucapkan terima kasih kepada semua terutamanya pakar-pakar daripada swasta dan juga daripada hospital pengajar yang tampil untuk menyumbang," katanya selepas merasmikan Program Berskala Besar Pembedahan Urologi (MUSI) di Hospital Selayang, di sini.

 

Media Baharu