KUALA LUMPUR, 23 Jun - Inisiatif BUDI MADANI di bawah Agrikomoditi dapat membantu mengurangkan kos operasi pengurusan tanaman golongan petani dan pekebun kecil.
Ketua Komunikasi Korporat, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Mohammad Ezri Shamsuddin berkata agihan terus kepada golongan sasar merupakan langkah tepat bagi mengelakkan ketirisan.
"Kita di peringkat KPKM turut melaksanakan khidmat nasihat secara turun padang. Kita mengerakkan keseluruhan pegawai daripada 645 pejabat-pejabat pertanian dan juga dibawah Kementerian Pertanian di seluruh Semenanjung Malaysia untuk kita bantu golongan sasar di bawah Kementerian Pertanian untuk mendaftarkan diri di bawah sistem GeoAgro dan seterusya adalah di bawah BUDI MADANI itu sendiri," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menjadi tetamu rancangan Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri, Kota Media, di sini.
Tambah Mohamad Ezri, ahli yang memerlukan bantuan boleh mengisi permohonan dan hadir ke pejabat pertanian daerah atau peladang yang berhampiran.