Imigresen nafi poster tular “New: Malaysia Passport & MyKad 2026”

Poster palsu bertajuk “New: Malaysia Passport & MyKad 2026” yang tular di media sosial

KUALA LUMPUR, 25 Februari- Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) memaklumkan poster bertajuk “New: Malaysia Passport & MyKad 2026” yang tular di media sosial adalah palsu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Poster "New: Malaysia Passport & MyKad 2026" yang tular disahkan palsu oleh Jabatan Imigresen Malaysia.
  • Jabatan Imigresen tidak mengeluarkan poster dan maklumat di dalamnya tidak sahih.
  • Poster palsu menggunakan nama dan pautan laman web JIM untuk meyakinkan orang ramai.
  • Orang ramai dinasihatkan rujuk saluran rasmi JIM untuk sebarang pengumuman atau maklumat tepat.

Dalam kenyataan rasmi hari ini, JIM menegaskan poster itu tidak pernah dikeluarkan oleh jabatan dan segala maklumat di dalamnya adalah tidak sahih.

Menurut JIM, poster berkenaan turut menggunakan nama dan pautan laman web rasmi JIM bagi meyakinkan orang ramai, namun ia tidak mewakili sebarang pengumuman atau dasar rasmi.

“Orang ramai dinasihatkan agar tidak menyebarkan maklumat yang tidak disahkan dan sentiasa merujuk kepada saluran rasmi JIM bagi mendapatkan maklumat yang tepat dan sahih berkaitan pasport Malaysia atau sebarang pengumuman dasar,” menurut kenyataan di Facebook rasmi jabatan itu.

JIM memaklumkan sebarang perkembangan rasmi hanya akan dimaklumkan melalui laman web serta platform media sosial rasmi Jabatan Imigresen Malaysia.