fb fb fb fb fb

Identiti tiga pelajar terkorban dalam kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan dikenal pasti

TAIPING, 13 Mei - Identiti tiga pelajar yang maut dalam kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan, telah dikenal pasti, hasil bedah siasat pemeriksaan odontologi forensik yang dijalankan hari ini.

Pengarah Hospital Taiping, Dr. Narimah Yusof menerusi satu kenyataan berkata, bedah siasat yang dijalankan oleh pasukan Jabatan Perubatan Forensik Hospital Taiping dan Unit Forensik Odontologi Hospital Kuala Lumpur mengambil masa kurang 24 jam bagi mengenal pasti identiti ketiga-tiga mangsa berkenaan.

(Pengarah Hospital Taiping, Dr. Narimah Yusof)

Jelasnya pihak polis telah berhubung dengan waris mangsa bagi urusan pengambilan jenazah dari Hospital Taiping, petang tadi.

Media Baharu