KUALA LUMPUR, 21 April - Ibu bapa diingatkan agar memastikan anak-anak mereka yang berusia bawah 13 tahun tidak miliki sebarang akaun media sosial.
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menjelaskan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia mendapati platform berkenaan tidak sesuai didedahkan kepada golongan umur berkenaan.
"Waktu ini cara kita ingin menguruskan isu pemilikan akaun-akaun TikTok dan media sosial yang lain bagi usia 13 tahun sebenarnya diharamkan dan tidak dibenarkan. Tetapi realitinya bukan begitu.
"Ada beberapa perkara yang perlu pihak media sosial platform maklumkan kepada kita dahulu.
"Harapan saya menjelang awal bulan Mei, kita akan ada beberapa pengumuman mengenai perbincangan kita dengan semua platform media sosial", kata Fahmi ketika ditemui media pada majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Lembah Pantai 2024 di sini.