BUKIT BERUANG, 12 Disember - Pantau penggunaan media sosial anak-anak, untuk elak terdedah kepada risiko dan ancaman siber.
Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital Melaka, Datuk Fairul Nizam Roslan menegaskan, ibubapa perlu lebih tegas dalam memantau kaedah penggunaan medium itu.
“Saya ingin menyeru khususnya kepada para ibu bapa agar bersama-sama memainkan peranan dalam mengawal dan memantau anak-anak. Saya turut menyokong dasar kerajaan yang memastikan individu bawah 16 tahun tidak lagi mempunyai akaun media sosial.
"Kita perlu sentiasa memerhati pergerakan mereka serta cara mereka menggunakan platform media sosial masing-masing. Kami bimbang dengan taktik ‘pancingan’ yang digunakan pihak tidak bertanggungjawab," katanya kepada pemberita selepas perasmian Karnival Kempen Internet Selamat Peringkat Wilayah Selatan, di sini.
Tambahnya, anak-anak mudah terjebak dan akhirnya memilih jalan yang salah untuk mencari pendapatan. Oleh itu, pengawasan dan kerjasama semua amat diperlukan.