fb fb fb fb fb

Hujan lebat, ribut petir diramal di beberapa negeri hingga esok

(Foto hiasan)

KUALA LUMPUR, 23 Oktober- Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka berlaku di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Sarawak serta Labuan dikeluarkan Jabatan Metereologi Malaysia (MetMalaysia).

Ia dijangka berlaku sehingga 10 malam esok.

Menurut kenyataan MetMalaysia yang dikeluarkan pada 6.35 petang, beberapa daerah di Negeri Sembilan melibatkan Jelebu, Seremban, Port Dickson dan Rembau.

Manakala kawasan di Sarawak di bahagian Serian, Samarahan (Simunjan), Sri Aman, Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah (Dalat dan Mukah), Kapit (Kapit dan Belaga), Bintulu, Miri serta Limbang.

(Foto hiasan)

Media Baharu