fb fb fb fb fb

Hujan lebat di Ijok, beberapa kawasan dinaiki air

FOTO JBPM KUALA SELANGOR

IJOK, 6 Oktober- Hujan lebat yang melanda beberapa kawasan di Ijok pagi ini menyebabkan beberapa lokasi dinaiki air.

Menurut Ketua Bomba Zon 7 Daerah Kuala Selangor Shamsol Maarif Saibani, Jalan Kunci Air, Jalan Robinson, Jalan Haji Ehsan dan Jalan Parit Mahang antara lokasi yang terjejas dengan paras air mencapai ketinggian 0.8 meter dan menunjukkan trend peningkatan.

Beliau menjelaskan pasukan bomba yang terdiri daripada lima anggota menggunakan kenderaan FRT B-166 untuk menjalankan rondaan dan pemantauan di kawasan-kawasan berisiko.

Setakat pagi tadi, seramai 98 penduduk daripada 24 keluarga telah dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Rendah Agama (SRA) Ijok bagi memastikan keselamatan mereka.

SITI AISHAH MD ISA