fb fb fb fb fb

Hujan berterusan tahap waspada di Pahang dan Johor

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 8 Januari - Amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa daerah di Pahang dan Johor hingga esok.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan memaklumkan hujan berterusan itu dijangka berlaku di Pekan dan Rompin, Pahang serta Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru di Johor.

Amaran sama turut dikeluarkan di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei dan Mukah di Sarawak yang diramalkan berlaku dari Khamis hingga Jumaat ini.

Sementara itu, Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) meminta Jawatankuasa Pengurusan Bencana Peringkat Negeri (JPBN) dan Daerah (JPBD) diaktifkan serta meningkatkan tahap kesiapsiagaan bagi menghadapi bencana yang bakal berlaku terutama di kawasan yang berisiko tinggi.

Menurut notis kesiapsiagaan operasi bencana yang dikeluarkan NDCC NADMA, JPBN dan JPBD juga diminta memastikan setiap pusat pemindahan sementara (PPS) dilengkapi dengan keperluan asas dan Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) mempunyai segala aset pengoperasian yang mencukupi serta berada dalam keadaan baik dan bersedia untuk digunakan.

TETITIA YUSOFF