PETALING JAYA, 26 Disember- Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan kategori waspada di negeri Kelantan dan Terengganu dalam tempoh 29 hingga 31 Disember.
MET Malaysia menerusi kenyataan memaklumkan negeri Kelantan melibatkan beberapa daerah seperti Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai.
Manakala, di negeri Sabah, hujan berterusan kategori waspada dijangka pada 28 hingga 30 Disember.
Beberapa kawasan yang terlibat di negeri itu seperti di pedalaman (Tambunan), Pantai Barat, Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat.