fb fb fb fb fb

Hubungan Malaysia-Turkiye kekal kukuh

(Al-Sultan Abdullah bertitah pada  Majlis Santapan Malam bersama rakyat Turkiye di Istanbul)

ISTANBUL, 20 Ogos- Hubungan Malaysia dan Turkiye akan terus kekal kukuh melalui pelbagai kerjasama antara kedua-dua negara merangkumi pelbagai sektor termasuk ekonomi, Pendidikan, kesihatan dan pertahanan.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Mustafa Billah Shah bertitah demikian pada Majlis Santapan Malam Bersama rakyat Malaysia yang bermastautin di Turkiye.

Majlis bersama diaspora itu adalah sebahagian daripada lawatan negara Al-Sultan Abdullah di Turkiye iaitu negara ketiga yang dikunjungi sejak ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16.

Baginda juga bertitah, Malaysia dan Turkiye telah bersetuju untuk meningkatkan taraf hubungan pada perkongsian strategik komprehensif.

"Justeru beta berharap agar hubungan antara Malaysia dan Turkiye akan terus terpelihara dan dijaga dengan rapi. Bersempena dengan 60 tahun hubungan Malaysia dan Turkiye pada 2024, beta optimis hubungan dua halaantara Malaysia dan Turkiye akan terus meningkat ke tahap lebih tinggi dan ini juga telah dinyatakn sendiri oleh pihak Erdogan tempoh hari," titah baginda.

Turut mengiringi Baginda, Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan anakanda baginda Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah dan Tengku Puteri Jihan Azizah Athiyatullah.

Terdapat hampir 600 orang warga Malaysia yang kini menetap di seluruh Turkiye, terdiri daripada pelajar institusi-institusi pengajian tinggi, golongan professional dan yang berkahwin dengan warga Turkiye.

Dalam Majlis Santapan Malam itu juga, Seri Paduka Baginda berdua turut meluangkan masa beramah mesra dengan diaspora Malaysia.


(Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah beramah mesra bersama pelajar Malaysia)

Media Baharu