fb fb fb fb fb

Hubungan kukuh negeri, Persekutuan penting - Zahid Hamidi

23:56:25(Foto Zahid Hamidi)

KAPIT, 3 Jun- Hubungan kukuh antara kerajaan negeri dan Persekutuan penting dalam pelaksanaan projek pembangunan rakyat.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata usaha memperkukuhkan hubungan itu selari misi kerajaan yang mahu setiap rakyat di negara ini mendapat manfaat daripada setiap pembangunan yang dilaksanakan kerajaan.

Katanya, kestabilan politik amat penting untuk menarik lebih banyak pelaburan asing.

"Ini termasuk di Sarawak dan Sabah yang bakal menerima manfaat selepas Nusantara dijadikan ibu negara Indonesia kelak.

"Kerajaan Persekutuan akan membantu dan memastikan kemudahan infrastruktur di kedua-dua negeri itu dinaik taraf.

"Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) dan lain-lain pusat antara Malaysia dan Indonesia mesti dinaik taraf kerana kita harus mengambil peluang atas potensi baharu ini agar 'barter trade' atau pertukaran barangan harus dipertingkatkan," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau turut mengumumkan pelaksanaan beberapa projek untuk bahagian Kapit bernilai lebih RM294 juta.


(Foto Zahid Hamidi)

Media Baharu