KUALA LUMPUR, 24 Januari- Hubungan baik Malaysia dan China serta negara ASEAN lain perlu dikekalkan demi kebaikan bersama.
Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul berkata setiap negara mempunyai kelebihan tersendiri untuk dikongsi bersama untuk pembangunan negara.
"Dengan hubungan baik kita, Malaysia khususnya dengan China, kita akan dapat manfaat apabila China bukan sahaja mempunya teknologi tetapi juga kepakaran dalam bidang-bidang tertentu yang boleh kita ambil sebagai untuk membangunkan wilayah ASEAN.
Saya yakin dengan hubungan baik antara China, Malaysia dan negara ASEAN. Kita akan menjadi lebih erat, selamat di kawasan ASEAN dan juga di kawasan Asia, insya-Allah.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menghadiri Sambutan Tahun Baru Cina 2025 anjuran Kedutaan Republik Rakyat China di Malaysia di Kuala Lumpur.