Hotel ‘mesra gay’ diarah tutup susulan dakwaan aktiviti tidak bermoral

Sebuah hotel di Melaka diarah tutup berhubung dakwaan berlakunya aktiviti tidak bermoral di premis berkenaan

BACHANG, 13 Januari – Sebuah hotel di Melaka diarah tutup sehingga pemiliknya memberi penjelasan kepada Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) berhubung dakwaan berlakunya aktiviti tidak bermoral di premis berkenaan.

RINGKASAN BERITA AI
  • MPHTJ arah tutup hotel sehingga pemilik memberi penjelasan berhubung dakwaan aktiviti tidak bermoral.
  • Operasi penguatkuasaan dijalankan bersama JAIM susulan hantaran tular di media sosial.
  • Pemeriksaan 37 bilik tidak jumpa kesalahan syariah, satu bilik disyaki susulan penemuan dua kotak kondom.
  • Tindakan dijalankan mengikut Seksyen 56, 57 dan 58 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Melaka, Datuk Rahmad Mariman berkata, tindakan itu diambil selepas operasi penguatkuasaan bersepadu dijalankan bersama Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) di hotel berkenaan hari ini.

Operasi dijalankan susulan tular satu hantaran di media sosial yang merujuk kepada hotel tersebut dengan tajuk ‘Hotel Gay Friendly di Melaka?’.

Hotel itu turut didakwa mengiklankan senarai kemudahan seperti tempat letak kereta di tepi jalan, tempat letak kereta tersedia, termasuk ‘gay
friendly’.

Bagaimanapun pemeriksaan di semua 37 bilik hotel tersebut tidak menemukan sebarang kesalahan syariah namun satu bilik disyaki baru susulan penemuan dua kotak kondom.

Operasi dijalankan mengikut Seksyen 56 (Liwat) Enakmen Kesalahan Syariah (Negeri Melaka) 1991; Seksyen 57 Percubaan Liwat dan Seksyen 58 Perhubungan Jenis Luar Tabii, Enakmen sama.