fb fb fb fb fb

Hospital Aurelius Pahang tawar khidmat onkologi secara menyeluruh

Perluas perkhidmatan penjagaan kanser di Pantai Timur

KUANTAN, 8 Mei - Hospital Aurelius Pahang (AHP) yang beroperasi sejak 2023 menjadi hospital pertama di Kuantan menawarkan perkhidmatan onkologi secara menyeluruh.

Sekaligus memperluskan perkhidmatan penjagaan kanser di Pantai Timur dengan adanya mesin pemecut linear bagi tujuan radioterapi.

Ketua Pegawai Eksekutif Aurelius Hospital Pahang, Khairul Salleh Abd Rani berkata, AHP juga sedang membangunkan Pusat Kecemerlangan dalam bidang Onkologi, Pembedahan Invasif Minimum, Ortopedik, serta Kesihatan Wanita dan Kanak-kanak.

"Sebagai usaha menyokong sistem kesihatan awam AHP turut menjalinkan kerjasama strategik bersama Hospital Tengku Ampuan Afzan HTAA melalui program protect health dalam memastikan pesakit yang memerlukan rawatan segera dapat menerima prosedur perubatan penting tanpa ditangguh. kami juga bekerjasama dengan zakat pahang bagi membantu mengurangkan beban pesakit melalui dana zakat khususnya rawatan AV fistula kepada pesakit buah pinggang yang kronik," katanya.

AHP juga dilengkapi dengan pelbagai kemudahan diagnostik dan rawatan canggih seperti MRI 1.5 Tesla, pengimbas CT 64-lembaran, angiogram satu satah, mamogram digital, serta pelbagai perkhidmatan pengimejan dan endoskopi.

Oleh itu pesakit dialisis di negeri itu boleh mendapatkan prosedur arteriovenous fistula (AVF), dan tidak perlu ke Johor untuk mendapatkan rawatan, seperti sebelum ini.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian AHP yang dirasmikan Tengku Panglima Raja Pahang,  Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

NUR MOHD IQWAN BIN SAMSUDIN