fb fb fb fb fb

Hormati tempat suci Islam, seluruh produksi drama dinasihat lebih peka

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar

KUALA LUMPUR, 1 November - Pihak produksi perlu lebih peka mengenai sensitiviti umat Islam dalam menerbitkan drama atau filem terutama apabila melibatkan kesucian agama Islam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar menegaskan dialog kurang sopan dan keterlaluan tidak wajar diungkap ketika berada di tanah suci.

"Pada saya dalam konteks lakonan itu, memandangkan ia drama jadi sepatutnya skrip yang dibuat itu perlulah skrip yang dapat membina masyarakat kearah lebih baik.

"Dalam konteks tersebut saya fikir tidak menjadi kesalahan jika pelakon itu sendiri memberi teguran dan memilih skrip yang baik dan tidak bertentangan dengan agama. Saya rasa proses musyawarah perlu ada maknanya pelakon menerangkan kepada produser kerana kita mahu mendidik masyarakat menjadi yang terbaik," kata Dr. Mohd Na’im.
 
Beliau mengulas mengenai sebuah babak drama yang tular di media sosial menggunakan dialog yang tidak wajar yang berlatar belakangkan Masjid Nabawi sehingga mendatangkan rasa kurang senang dalam kalangan umat Islam.

TETITIA YUSOFF