fb fb fb fb fb

HKK 2022 bermula esok, tampil hasil kraftangan lebih 300 usahawan tempatan

(Datuk Seri Nancy Shukri ditemu bual dalam program Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri)

KUALA LUMPUR, 22 Februari- Lebih 300 usahawan tempatan akan menampilkan pelbagai produk kraftangan sempena Hari Kraf Kebangsaan (HKK) 2022 di Kompleks Kraf Kuala Lumpur bermula esok sehingga 7 Mac ini.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata selain penyertaan usahawan kraftangan pelbagai kaum dan etnik, usahawan muda antara yang akan turut serta dalam pameran tersebut.

Jelasnya HKK 2022 adalah satu bentuk pengiktirafan kepada penggiat dan usahawan kraftangan tempatan agar terus bermotivasi dalam menghasilkan seni kraftangan tempatan.

Pameran khas songket dijangka menjadi tarikan utama pengunjung kerana penghasilannya amat unik dengan corak berbeza mengikut negeri.

"Jadi ini yang kita hendak ketengahkan.. bagaimana semua kaum boleh menyumbang kepada keindahan warna-warni Malaysia dan kita akan menganjurkan program ini untuk mempamerkan produk-produk dan masa sama, kita hendak mengiktiraf mereka yang terlibat dalam seni kraftangan ini, seterusnya menggalakkan penglibatan orang ramai termasuk anak muda, katanya kepada RTM selepas ditemu bual dalam program Selamat Pagi Malaysia (SPM) di Angkasapuri.

HKK 2022 kali ini mengetengahkan tema 'Kraf Mewarnai Keluarga Malaysia' dengan sasaran kehadiran 30 ribu pengunjung.

Media Baharu