fb fb fb fb fb

HFMD: Terengganu tutup Taska dan Tadika jika jangkitan terus meningkat

(Kasemani Embong pada sambutan Hari Jururawat Peringkat Terengganu hari ini)

KUALA TERENGGANU, 19 Mei - Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) dan Taman Didikan Kanak-Kanak (Tadika) di Terengganu akan ditutup sekiranya jangkitan Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) terus menunjukkan peningkatan.

Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr Kasemani Embong berkata sejak Januari lalu, sebanyak 1,182 kes telah direkodkan iaitu peningkatan 10 kali ganda berbanding tahun lalu dengan hanya 103 kes.

"Kita akan melihat situasi mengikut keadaan di satu-satu Taska tersebut, kalau kata Taska itu memang ada penularan yang teruk kita akan buat arahan tutup.

"Setakat ini di negeri Terengganu kita kekal dengan 19 Taska yang terlibat dan kesemua Taska itu beroperasi seperti biasa," katanya.

(Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Datuk Dr Kasemani Embong)

Beliau ditemui selepas sambutan Hari Jururawat Peringkat Terengganu, di sini hari ini.

Tambah Kasemani, walaupun berlaku peningkatan kes HFMD di Terengganu, namun ia masih terkawal dan tiada jangkitan yang serius dikesan.

Media Baharu