fb fb fb fb fb

Menjaja di persimpangan lampu isyarat, tiga lelaki warga Indonesia ditahan

JOHOR BAHRU, 19 Mei- Tiga lelaki warganegara Indonesia ditahan dipercayai menjalankan aktiviti menjaja buah jeruk di persimpangan lampu isyarat, di sekitar Bandar Baru Uda, Johor Bahru, 12.15 tengahari tadi.

Tangkapan dijalankan selepas menerima aduan orang ramai mengenai kegiatan tersebut.

Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik Johor, Superitenden M. Kumarasan dalam kenyataan memaklumkan, turut dirampas 12 kotak putih yang mengandungi 50 balang buah berisi kira-kira 400 biji jeruk mangga serta jambu.

Katanya, kesemuanya disorokkan di belakang kedai haiwan.

Ketiga-tiga suspek berusia antara 26 hingga 40 tahun itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Utara untuk tindakan mengikut Akta Imigresen.


(Turut dirampas 12 kotak putih yang mengandungi 50 balang buah berisi kira-kira 400 biji jeruk mangga serta jambu)

Kes turut disiasat mengikut Kaedah 10A (1) dan Kaedah 10A (2) LN 166/59, yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM2,000, jika sabit kesalahan.

Operasi turut disertai Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB).

Media Baharu