fb fb fb fb fb

Penutupan kilang ayam bukan sebab subsidi- Pengarah KPDNHEP Melaka

AYER KEROH, 19 Mei- Susulan tular berhubung sebuah kilang pengeluar ayam di Jasin yang dikatakan akan menutup operasinya pada Sabtu dan Ahad ini kerana rasa tidak puas hati terhadap pemberian subsidi kerajaan.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Melaka hari ini tampil menafikan dakwaan tersebut.

Sebaliknya, menurut Pengarahnya, Norena Jaafar, pihak KPDNHEP negeri menerima notis penutupan disebabkan kilang berkenaan menghadapi masalah tumbesaran ayam hidup sedia ada yang tidak sesuai untuk dijual di pasaran.

Jelas beliau, tumbesaran sedemikian tidak mencapai berat pada kadar sepatutnya.

"Memang tiada yang protes sebab semalam kita sendiri pergi melihat dan kita dapati bahawa keadaan fizikal ayam tu memang kurang daripada yang sepatutnya, lebih kurang 1.1kg ke 1.2 kg , keadaan ni tidak sesuai untuk dijual maka kita ambil maklum. Sebenarnya tiada masalah pun. Bekalan tu semua ok," katanya.

Beliau menjelaskan kepada pemberita pada Program Pengguna Bistari Sentuhan Kasih Aidilfitri di Ayer Keroh.


(Pengarah KPDNHEP Melaka, Norena Jaafar)

Norena diminta mengulas mengenai laporan media terhadap sekumpulan kartel industri ternakan ayam didakwa merancang menutup ladang ternakan hujung minggu ini sebagai protes terhadap kerajaan yang dikatakan lambat membayar subsidi harga ayam.

Mengulas lanjut, beliau meminta orang ramai tidak panik untuk membeli ayam mentah dalam kuantiti yang banyak kerana bekalannya mencukupi untuk menampung permintaan pengguna.


(GAMBAR FAIL)

Media Baharu