fb fb fb fb fb

Hasil data OAHS bakal sedia lebih banyak program kesihatan kepada orang asli

KUALA LUMPUR, 12 September - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan merumuskan data Tinjauan Kesihatan Orang Asli (OAHS) apabila siap diterima tidak lama lagi.

Data itu bagi membolehkan KKM membuat perancangan dan polisi yang lebih berkesan untuk meningkatkan tahap kesihatan rakyat.

Hasilnya akan digunakan untuk menyediakan lebih banyak program kesihatan, perubatan dan kemudahan khususnya kepada masyarakat orang asli.

Menurut Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan dan Sokongan Teknikal), Datuk Dr. Muhammad Radzi Abu Hassan, ia selaras dengan syor Kertas Putih Kesihatan yang mencorakkan sistem kesihatan negara pada masa hadapan.


(Datuk Dr. Muhammad Radzi Abu Hassan melancarkan buku teknikal COVID-19 2020-2021;
TheĀ 
Challenging Years dan The COVID-19 Chronicles of Malaysia
di Institut Kesihatan Negara)

OAHS yang dilaksanakan dalam tempoh 3 bulan bermula 13 Julai lalu sehingga esok melibatkan 71 perkampungan orang asli.

"Bukan setakat tahap kesihatan kita juga nak melihat dari segi contohnya macam mana mereka melihat kesihatan mereka dan akses mereka kepada tempat-tempat kesihatan isu lain jika ada di kalangan mereka," kata beliau selepas melancarkan buku teknikal COVID-19 2020-2021; The Challenging Years dan The COVID-19 Chronicles of Malaysia di Institut Kesihatan Negara (NIH), di sini hari ini.

Buku terbitan NIH itu mengandungi hasil penyelidikan serta kompilasi dalam menangani pandemik COVID-19 serta dokumentasi berkaitan aktiviti-aktiviti kementerian sewaktu pandemik.

Buku dalam bentuk salinan elektronik juga boleh didapati di laman sesawang http://maera.nih.gov.my.

Media Baharu