fb fb fb fb fb

Inflasi dan kos sara hidup: Kerajaan cadang corak perbelanjaan

PUTRAJAYA, 12 September - Beberapa syor serta corak perbelanjaan menyumbang kepada pemulihan ekonomi negara yang dikemukakan syarikat penyelidikan IPSOS Sdn Bhd akan dipertimbangkan jawatankuasa Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi hari ini.

Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, Tan Sri Annuar Musa berkata, kerajaan akan melihat semula aspek kaedah rantaian bekalan makanan dan pengedaran serta mencari sumber alternatif barangan makanan import bagi mengurangkan kenaikan harga dan kos dalam usaha menangani inflasi.

"Antara yang dicadangkan ialah melihat semula kepada kaedah rantaian bekalan makanan dan pengedaran untuk mempunyai pusat sehenti yang lebih efisien dan bersepadu untuk mengurangkan kemungkinan kenaikan harga dan melihat sumber negara alternatif bagi barangan import.

“Contohnya ayam dari sumber tertentu harus mula melihat kepada negara lain untuk mengurangkan kos," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi di Putrajaya.

Tambah beliau, apabila kebergantungan berterusan kepada produk import akan menjadikan negara terus berisiko dengan mengimport makanan seperti daging, sayur dan ikan yang telah meningkat 62 peratus kerana melibatkan tukaran mata wang dolar Amerika Syarikat.

(FOTO fail Facebook Tan Sri Annuar Musa)

"Oleh itu, langkah yang boleh diambil adalah meningkatkan pengeluaran produk makanan dalam negara serta mencari sumber alternatif negara untuk pengimportan makanan," katanya.

Media Baharu