fb fb fb fb fb

Hari Kebangsaan 2025 Sabah dirai meriah di Kota Kinabalu

Sambutan Hari Kebangsaan 2025 peringkat Negeri Sabah berlangsung meriah di Jalan Tun Fuad Stephens, Kota KInabalu

KOTA KINABALU, 31 Ogos – Sambutan Hari Kebangsaan 2025 peringkat Negeri Sabah berlangsung meriah di Jalan Tun Fuad Stephens di sini hari ini, dengan kehadiran ribuan rakyat yang mula membanjiri kawasan sekitar seawal jam 6 pagi.

Acara penuh warna-warni itu diserikan dengan keberangkatan hadir Yang di-Pertua Negeri, Tun Musa Aman, bersama isteri, Toh Puan Faridah Tusin.

Turut hadir, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor, barisan menteri Kabinet Negeri, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Safar Untong, ketua-ketua jabatan negeri dan persekutuan serta pemimpin tempatan.

Majlis dimulakan dengan Kawalan Kehormatan Utama, diikuti upacara menaikkan Bendera Malaysia dan Negeri Sabah, lafaz ikrar, serta persembahan koir oleh Dewan Bandaraya Kota Kinabalu.

Acara perbarisan pula dimulakan dengan perarakan Jalur Gemilang dan bendera Negeri Sabah, diikuti perarakan Bendera Tema Kebangsaan 2025 serta kontinjen membawa aset-aset agensi kerajaan dan swasta yang menambahkan kemeriahan.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN